
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Kegagalan menjelaskan saman tertunggak tidak menyebabkan seseorang itu hilang kelayakan untuk subsidi petrol BUDI MADANI RON95 (BUDI95).
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, saman tertunggak dan kelayakan subsidi BUDI95 adalah mekanisme berbeza yang beroperasi secara berasingan dan kedua-duanya tidak mempunyai kaitan langsung secara automatik.
Rakyat Malaysia miliki lesen memandu aktif layak nikmati BUDI95
Menurut Anthony, rakyat Malaysia yang ingin menikmati BUDI95 hendaklah memenuhi syarat asas iaitu warganegara Malaysia dan memiliki lesen memandu aktif.
“Berdasarkan dasar semasa, untuk memohon atau terus menikmati subsidi petrol BUDI95, pemohon hendaklah memenuhi syarat asas iaitu warganegara Malaysia yang disahkan melalui MyKad dan mestilah memiliki lesen memandu aktif.
“Lesen memandu yang aktif merujuk kepada lesen yang masih dalam tempoh sah, atau yang tempoh luputnya tidak melebihi tiga tahun,” katanya dipetik Harian Metro.
Beberapa portal dakwa saman tertunggak akan jejaskan BUDI95
Anthony berkata demikian selepas sebelum ini beberapa portal melaporkan kononnya mana-mana individu yang gagal menjelaskan saman akan hilang kelayakan manfaat BUDI95.
Dalam pada itu, Anthony turut menasihati orang ramai supaya terus mematuhi undang-undang trafik demi keselamatan semua pengguna jalan raya.
Lesen memandu tamat melebihi tiga tahun tak layak BUDI95
Sebelum ini, Anthony berkata, rakyat Malaysia yang mempunyai lesen Memandu Kompeten (CDL) atau lesen memandu yang sudah tamat lebih tiga tahun tidak layak untuk mendapatkan BUDI95.
Jelasnya, golongan berkenan tidak layak menerima subsidi petrol RON95 secara automatik disebabkan lesen yang tidak sah selain disekat melalui sistem Kementerian Kewangan (MoF).
Ujar Anthony, penebusan BUDI95 itu sudah diintegrasi dengan sistem MoF serta orang ramai tidak lagi perlu untuk mengemukakan lesen memandu apabila ingin membuat pengisian minyak.
Untuk info, individu yang layak menerima BUDI95 hanya perlu membayar petrol pada harga RM1.99 seliter berbanding harga asalnya RM2.66 seliter
Baca Artikel Berkaitan: Lesen Memandu Tamat Melebihi Tiga Tahun Tak Layak Nikmati Budi95 – Anthony Loke
Baca Artikel Berkaitan: BUDI95: Tak Perlu Beratur Dekat Kaunter, Ini Cara Imbas MyKad Di Terminal Pam Minyak [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Kerajaan Setuju Naikkan Had BUDI95 Untuk Sektor E-Hailing Hingga 800 Liter Sebulan
