“Sambil senyum je dia perli” – Tok Ti Selamba Respon Pasal Isu ‘Tak ada Job’ Masa Sesi Live

Entertainment
11 Sep 2024 • 12:51 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Minggu lepas, nama penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan Tok Ti ini menjadi bualan ramai berkenaan dengan sindiran segelintir pihak yang mengatakan dirinya ‘tak ada job’ kerana kerap buat live.

Malah, sindiran tersebut dikatakan sampai ke pengetahuan TokTi sendiri dan beliau dilihat tidak melatah dengan sindiran itu, malah anak tiri Tok Ti juga turut membidas kenyataan tersebut.

Tidak terhenti di situ, TokTi dilihat berjenaka sinis ketika sedang melakukan promosi untuk produk kosmetik miliknya baru-baru ini ketika satu sesi live.

“Biasa makeup artist buat ni Siti Nurhaliza nak buat, semua dia nak buat lah, dia tak ada job ke, kenapa dia nak buat semua ni, dia tak ada job ke? Gitu.”

“Tak ada lah suka-suka, make up ni saya punya passion, kosmetik, penjagaan kulit, bukanlah niat saya nak membalas, tak, tapi saya nak beritahu baliklah, janganlah cakap macam tu,” seloroh Tok Ti dengan nada sopan dan manja.

Tegasnya lagi, apa yang dilakukan ini adalah kerana kesukaannya dan jika ia dilakukan secara paksa sekalipun, Tok Ti tidak akan turuti.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang menyokong Tok Ti dan ada yang memuji cara halus dia menemplak netizen yang menyindir dirinya itu.

image is not available image is not available

Tak apa lah, ada job ke tak ada ke, yang penting Tok Ti tetap di hati rakyat Malaysia.

Sumber : X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article