Sambut anniversary, Kamal Adli berterima kasih pada Uqasha hamilkan anak selama 9 bulan

LocalEntertainment
6 Nov 2024 • 4:13 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon popular, Kamal Adli menyambut ulang tahun perkahwinan ke-3 bersama isterinya, Uqasha Senrose buat ramai tersentuh.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Kamal atau nama lengkapnya Ahmad Kamal Ahmad Adli di laman Instagramnya, dia menitipkan ucapan romantik buat Uqasha atas pengorbanannya sebagai seorang ibu dan isteri.

Kamal Adli

Instagram will load in the frontend.

“Happy anniversary to us! Tahun special sikit sebab ada si kecik ni. Ya Allah rahmatilah hubungan kami, selamatkan kami, buka kan pintu-pintu rezeki hebat buat kami.

“Terima kasih kepada Uqasha sebab 9 bulan mengandungkan hadiah terhebat dari Allah ini. Awak ibu dan isteri yang hebat,” katanya.

Kamal Adli

image is not available

Pelakon filem Kembar Siang itu turut berharap dia dan Uqasha bersama-sama menjaga mahligai yang telah dibina selain menzahirkan rasa cinta terhadap insan tersayangnya itu.

Dalam pada itu, Kamal berterima kasih kepada orang ramai yang telah mendoakan kesejahteraan keluarganya.

“Sama-sama kita jaga dan besarkan serta pelihara hubungan ini insya-Allah. Saya sangat sayangkan awak. Terima kasih kepada yang mendoakan baik-baik buat kami, yang kurang dari kami dan yang baik segalanya dari Allah,” ujarnya.

image is not available

Sebelum ini, Uqasha menafikan spekulasi mendakwa rumah tangganya dan suami, Kamal Adli sedang bergolak.

Katanya, setiap perkahwinan pasti berdepan dengan ujian masing-masing malah menjadi asam garam dalam kehidupan sebagai suami isteri.

Sekadar info, Kamal dan Uqasha selamat diijab kabulkan pada 5 November 2021 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

Sumber: Instagram @Kamal Adli