
USIA 35 tahun bukan sekadar angka, tetapi simbol perjalanan hidup yang penuh warna bagi seorang wanita yang bijak mengimbangi kerjaya, keluarga, dan kasih sayang.
Begitulah rasa yang terserlah apabila pelakon popular Datin Atikah Suhaime menerima kejutan manis daripada suami tercinta, Datuk Lokman Teh, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Zaitun, sempena hari lahirnya baru-baru ini.
Hadiah berbentuk jambangan bunga mewah bernilai RM10,000 itu bukan sahaja menunjukkan kemewahan, tetapi lebih daripada itu, ia mencerminkan keikhlasan cinta dan penghargaan terhadap seorang isteri dan ibu yang sentiasa memberi tanpa jemu.

Menerusi hantaran di media sosial, Atikah berkongsi beberapa keping gambar dan video yang menampilkan jambangan bunga menakjubkan itu, sambil menyelitkan kapsyen penuh terharu:
"35 and 10k richer. Thank you, baby, and all who gave me presents."
Dalam hantaran lain, Atikah mengakui sebelum ini ramai yang berpesan untuk berkahwin awal dan kini dirinya merasai kemanisan alam rumah tangga.
Dulu orang selalu pesan suruh Kahwin Sebab best. Tapi tak tau pulak best sampai tahap camni . I love you so much babyyyyy @lokmantea," ungkapnya yang turut memuat naik video momen menerima jambangan bunga daripada suaminya sebelum dan selepas berkahwin.
Ibu kepada cahaya mata perempuan, Lyla Mulan Teh, itu juga turut tersentuh dengan kehadiran kasih sayang bukan sahaja dari suami, tetapi juga insan-insan terdekat yang mengambil berat tentangnya.
Ruangan komen pula dibanjiri ucapan harapan dan doa daripada pengikutnya.

Ramai memuji keperibadian Atikah yang penyayang, rajin, pandai mengambil hati keluarga mertua, serta bijak menjaga rumah tangga. Antara komen yang menyentuh hati:
"Tak rugi pun suami dia surprise macam ini, sebab Tika rajin, rajin masak, lawa, pandai ambil hati keluarga mertua. Kesayangan mertua... Jadi semua ini awak berhak, Tika Happy birthday... Semoga ALLAH beri kebahagiaan dan kesihatan yang baik untuk awak... Jadi isteri solehah till Jannah... Aamiin..."
Selain itu, ada yang bergurau sambil memuji keistimewaan suami dan keluarga Atikah:
"Tuah badan dapat suami kaya, bagus, bertanggungjawab. Orang baik ramai sayang.. Happy Birthday!"
"Apa lah sangat 10k dari awak, masak, jaga beranak, kan @therealatikahsuhaime? Hahaha tahun depan semoga 20k! Amin. Wishing u happy belated birthday dear!"
Ucapan daripada peminat juga memuji keperibadian Atikah yang humble, penyayang, dan bijak menyeimbangkan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu:
"Happy birthday datin Atikah. Rezeki datin dapat suami yang baik dan keluarga mertua yang baik serta orang berada..."

Di sebalik kilauan jambangan bunga mewah dan kemeriahan ucapan hari lahir, yang paling indah adalah nilai kasih sayang yang ikhlas.
Bagi Atikah, momen ini bukan sekadar tentang hadiah mahal, tetapi pengiktirafan terhadap peranan seorang wanita dalam keluarga, dan penghargaan terhadap cinta yang tidak ternilai.
Untuk rekod, Atikah dan Lokman sah bergelar suami isteri pada 21 Januari 2024. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Lyla Mulan Teh yang kini berusia setahun.


