
Sambutan hari lahir menjadi tular apabila meletakkan lilin ‘paraffin max’ pada kek hari jadi, kek Mita
Sambut Hari Jadi Rakan, Guna Lilin ‘Sebesar Alam’ Letak Atas Kek Mita. Satu hantaran tular apabila seorang individu memuat naik video mengenai sambutan hari lahir menggunakan lilin sebesar alam, iaitu lilin ‘Paraffin Max’ diletakkan di atas kek butter milk cheese, di Mita Cakehouse.
Menerusi video perkongsiannya di laman TikTok itu, kelihatan sekumpulan rakan dipercayai sengaja melakukan perkara tersebut dengan meletakkan lilin besar di atas kek, dan bukannya lilin kecil.

Bukan itu sahaja, kesemua rakan-rakannya berdekah apabila lilin itu dinyalakan semasa sambutan hari jadi di sebuah kedai makan.
Netizen turut berdekah dengan kelakuan rakannya itu
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyatakan bahawa tindakan yang dilakukan oleh rakan-rakannya itu kreatif, malah ada yang ingin melakukan cara yang sama kepada rakan mereka nanti.
Tula lain kali jangan request pelik2 kan dah ditunaikan #fyp #sarawak
Dalam pada itu, segelintir netizen turut mempersoalkan kenapa kek mita digunakan untuk sambutan hari jadi, serta mengatakan kek itu sedap dan laku keras di Sarawak.




