Sambut hari lahir di restoran mewah, Zarina Anjoulie puji tunang ‘sweet’

Entertainment
11 Sep 2023 • 10:35 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Zarina Anjoulie sekali lagi menarik perhatian pengikutnya apabila memuat naik sebuah hantaran gambar bersama tunangnya, Datuk Seri Khazrul Elzey di akaun Instagram.

Dalam pada itu, turut kelihatan dalam gambar tersebut adalah dua orang perempuan yang merupakan anak kepada tunangnya selain anak kandung Zarina iaitu Martin Ezra Mikael.

Terima kasih tunangku! Awak sangat ‘sweet’

Foto kenangan tersebut diambil ketika menyambut hari kelahiran pelakon berusia 36 tahun itu di sebuah restoran mewah terletak di Kuala Lumpur.

Pada masa sama, Zarina atau lebih mesra disapa Anju itu berterima kasih kepada anak gadis tunangnya kerana dapat meluangkan masa untuk bersama menyambut hari lahir walaupun mempunyai jadual padat.

“Erin sayang, terima kasih kerana datang. Saya tahu awak selalu sibuk tapi awak dapat luangkan masa untuk datang malam ini,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut Zarina serta beberapa selebriti turut berkongsi rasa gembira dan mendoakan supaya hubungan itu kekal hingga ke jinjang pelamin.

Bersemut sangat

image is not available

Kalau dah jodoh…

image is not available

Ikat elok-elok!image is not available

Semoga kekal

image is not available image is not available

Sesuai sangat…

image is not available

Sebelum ini, tali pertunangan Zarina dan Khazrul putus di tengah jalan untuk beberapa bulan sebelum pelakon itu mengumumkan kini mereka sudah kembali bercinta.

Sumber: Instagram Zarina Anjoulie