“Mama papa is back!” – Peminat Teruja Zarina Anjoulie Kembali Bersama Dengan Bekas Tunang

Entertainment
5 Sep 2023 • 4:09 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Zarina Anjoulie bukanlah nama asing dalam industri seni tempatan, malah dia kini aktif di media sosial dan sering berkongsi kehidupan hariannya dengan peminat-peminatnya.

Sebelum ini, pelakon Anak Pontianak itu pada Januari lalu mengumumkan dia sudah pun bertunang dengan seorang lelaki berpangkat Datuk Seri yang dikenali sebagai Khazrul Elzey.

Pun begitu, hubungan mereka tidak bertahan lama dan dia mengumumkan sudah berpisah dengan jejaka itu.

Terbaru, Zarina yang lebih mesra disapa Anju berkongsi gambar dengan bekas tunangnya itu di Instagram miliknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1)

Pendedahan itu membuatkan ramai peminat Anju teruja, lebih-lebih lagi apabila mereka dilihat mesra bersama malah dalam posting itu Anju dan Khazrul turut disertai anak lelaki Anju iaitu Mateen.

“Buang yang keruh ambil yang jernih”

Dalam ruangan komen, ramai pengikut serta peminat Anju mendoakan agar jodoh mereka berpanjangan kali ini.

image is not available

Malah ada juga yang mengingatkan agar Anju sentiasa berhati-hati dan melupakan persengketaan mereka sebelum ini.

Semoga jodoh Anju dan Khazrul berpanjangan…

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.