“Dia Berhenti..” – Netizen Sebut Kebaikan Won Bin Pada Kim Saeron Ketika Rakam Filem ‘Man From Nowhere’

EntertainmentLifestyle
13 Mar 2025 • 2:27 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Meskipun sudah sekian lama tidak berlakon kini namun nama Won Bin tidak pernah dilupakan oleh netizen Korea.

Terbaru, kelibat lelaki itu kembali dilihat orang ramai selepas dia muncul di pengebumian Kim Sae-ron yang dijumpai meninggal dunia di rumahnya.

Ternyata sedari filem “Man From Nowhere”, dari ‘anak kecil’ ke wanita dewasa, pelakon lelaki tersebut terus menjalinkan hubungan baik dengan Kim Sae-ron.

Disebabkan itu, netizen kembali menyebut mengenai sisi baik Won Bin yang sedaya upaya menjaga Kim Sae-ron semasa penggambaran filem itu dahulu. Khabarnya, dia berhenti merokok semata-mata tidak mahu menjejaskan Kim Sae-ron yang baru berusia 10 tahun pada ketika itu.

image is not available

Katanya, dia terus berhenti merokok selepas dari itu sehingga kini. Lantas, ramai yang mengakui bahawa Won Bin merupakan antara ‘penjaga’ terbaik yang pernah berada di sisi mendiang semasa hayatnya. Malah ada yang menyampaikan bahawa lelaki itu turut cuba membantu Kim Sae-ron melangsaikan hutangnya dengan Gold Medalist namun hasrat itu tidak kesampaian.

Sedihnya..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.