
JAKARTA – Sekumpulan wanita menjadi sensasi internet apabila menyambut Maulidur Rasul di kolam renang sebuah pusat peranginan air panas dalam wilayah Jawa Barat, lapor laman berita Lambe Turah.
Kejadian berlaku di Garut, baru-baru ini.
Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @abufaaris113 menunjukkan wanita-wanita itu duduk di tepi kolam renang sambil memukul kompang.
Mereka turut melaungkan selawat dan doa, meskipun berada di dalam air.
Rakaman itu mencatatkan lebih 1.3 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Semakin tua semakin pelik,” kata seorang netizen.
“Siapa punya idea?” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI
The post Sambut Maulidur Rasul di kolam renang appeared first on Kosmo Online.


![[VIDEO] ‘Dia nangis-nangis pula…’](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/WhatsApp-Image-2026-09-19-at-7.55.17-PM-1024x768.jpeg)



