
Untuk korang yang tengah mencari rumah idaman untuk didiami, mesti korang pernah dengar tentang salah sebuah pemaju terkenal, S P Setia betul tak?
Kawasan perumahan yang dibangunkan oleh Setia ni bukan saja luas dan selesa, malah ke semua rumah yang dibina sangat mesra keluarga!
Sajalah nak bagitahu, baru-baru ini, Setia rancak menyambut ulang tahun ke-50 dan untuk sambutan kali ini, mereka ada pelbagai tawaran hebat nak bagi dekat korang.
Jadi, siapa yang tengah mencari rumah idaman tu ataupun yang sudah memiliki rumah daripada Setia, pastikan korang baca sampai habis okay!
Jangan Lepaskan Peluang Rebut Habuan Mingguan & Ganjaran Hebat Daripada Setia!
Dari 17 Ogos sehingga 17 September 2024, Setia bakal mengadakan acara Setia Homefest, salah satu acara yang sangat dinantikan sempena ulang tahun ke-50 Setia.
Menariknya, terdapat pelbagai aktiviti menarik serta ganjaran hebat yang mereka nak bagi dekat korang kalau datang ke acara ini tau!
Antara ganjaran hebat yang korang berpeluang untuk menang adalah:
– Ganjaran ulang tahun sehingga RM50 ribu
– Habuan mingguan sehingga RM10 ribu
– Pakej pengubahsuaian rumah Setia Homefest
– Pelbagai aktiviti mengujakan di galeri jualan Setia seluruh negara
Fuh, kemain meriahkan ganjaran yang Setia tawarkan sempena Setia Homefest ni? Jadi, siapa-siapa yang tengah cari rumah baru untuk didiami, jangan lupa serta acara Setia Homefest okay?!
Psst, acara ini akan diadakan secara mingguan di seluruh galeri jualan Setia, dan jangan risau, we got your back. Atas ini senarai galeri jualan Setia yang korang boleh kunjungi.
Untuk maklumat lanjut tentang sambutan ulang tahun ke-50 serta acara Setia Homefest, layari laman web rasmi S P Setia, atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram.




