
KUALA LUMPUR - Sambutan luar biasa rakyat pelbagai kaum yang menyertai dan menghadiri acara perbarisan dan perarakan sempena Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka, di sini pada Rabu berjaya menterjemahkan tema Keluarga Malaysia Teguh Bersama.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata, jumlah pengunjung yang di luar jangkaan adalah disebabkan keterujaan rakyat selepas dua tahun tidak dapat bersama-sama menyambut acara bersejarah itu secara gilang-gemilang.
"Saya teruja tengok dari malam tadi mereka dah berada di sini dan jam 5 pagi serta sesudah subuh tempat duduk sudah penuh. Ini sambutan luar biasa, saya juga terkejut 6.45 pagi tadi jalan penuh dengan kenderaan yang diparkir.
"Anggaran saya belum dapat maklumat, saya rasa mungkin 100,000 orang yang hadir... di semua tempat penuh sekali dan kita letak sistem bunyi di sepanjang tiga kilometer (km) perbarisan jadi saya harap mereka dapat mengikuti semua ulasan yang diberikan,” katanya kepada pemberita selepas sambutan Hari Kebangsaan 2022.
Annuar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 berkata, pihaknya sangat berpuas hati apabila acara hari ini berjalan lancar dan menyifatkan sambutan kali ini berjaya.
AKAN MENYUSUL

