Sambutan Hari Malaysia meriah, manifestasi kebangkitan negara

17 Sep 2022 • 10:59 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Para penari kebudayaan melakukan persembahan pada sambutan Hari Malaysia 2022 di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan A'Famosa Banda Hilir malam ini. Foto Bernama

image is not available
Ismail Sabri berucap pada sambutan Hari Malaysia 2022 di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan A' Famosa Banda Hilir malam ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan sambutan Hari Malaysia 2022 peringkat kebangsaan amat meriah dan menjadi manifestasi kebangkitan negara setelah bergelut dengan pelbagai cabaran pada tahun-tahun sebelumnya.

Menurutnya sambutan yang diadakan di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan Banda Hilir, Melaka malam tadi sungguh bermakna, dan mengimbau kembali detik-detik laungan kemerdekaan oleh perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahmad Putra Al-Haj.

"Saya bangga dengan penganjuran Hari Malaysia yang penuh gilang-gemilang ini. Terima kasih Keluarga Malaysiaku,” katanya menerusi catatan di akaun Facebooknya hari ini.

Sambutan Hari Malaysia itu menampilkan keunikan tema busana era 50-an dan 60-an yang dipilih bagi meraikan hari memperingati pembentukan Malaysia.

Sambutan dihadiri lebih 20,000 pengunjung itu buat julung kalinya diadakan di Semenanjung dengan Melaka menjadi tuan rumah acara gilang-gemilang itu. - Bernama