Sambutan Minggu Perpaduan 2026

6 Apr 2026 • 9:51 AM MYT
Newswav PR
Newswav PR

Sponsored content from various brands & advertisers

Image from: Sambutan Minggu Perpaduan 2026
Image courtesy of KPN

Kementerian Perpaduan Negara (KPN) akan meneruskan penganjuran program Sambutan Minggu Perpaduan 2026 di enam (6) buah lokasi mengikut zon termasuk peringkat kebangsaan bermula April - Jun 2026.

Sambutan Minggu Perpaduan adalah program tahunan KPN bertujuan untuk menyemarakkan semangat perpaduan serta menyebarluas pengetahuan, kefahaman dan penghayatan terhadap kepelbagaian adat dan budaya dalam masyarakat Malaysia.

Perincian tarikh dan lokasi yang terlibat bagi penganjuran Sambutan Minggu Perpaduan 2026 adalah seperti berikut:

Image from: Sambutan Minggu Perpaduan 2026

Majlis perasmian Sambutan Minggu Perpaduan 2026 dijangka akan dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri pada 13 Jun 2026.

YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara berkata “Tahun ini masuk tahun keempat KPN melaksanakan Sambutan Minggu Perpaduan. Dengan tema Bersama Membina Negara Bangsa, SMP bukan sekadar acara signature KPN, malah menjadi wadah penting dalam memperkukuh keharmonian dan memastikan keamanan negara terus terpelihara. Perpaduan yang utuh adalah benteng utama dalam mengekalkan kestabilan dan kesejahteraan Malaysia MADANI.”

Pelbagai pengisian dan aktiviti menarik disediakan kepada para pengunjung meliputi pelbagai lapisan umur seperti Pertandingan Sukan Rakyat Perpaduan, Pameran Rumah KAMI (Rumah Etnik), Perkampungan Etnik, Jejak Harmoni, Wacana Negara Bangsa, Larian Uniti, pameran Muzium dan Arkib, Persembahan Silang Budaya, Jualan produk ekonomi Komuniti Rukun Tetangga, jualan FoodUnites serta sebagainya.