SMP Peringkat Kebangsaan edisi ketiga pada 17-20 Julai 2025 telah berlangsung meriah di perkarangan Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang dengan acara kemuncak perasmian oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. SMP 2024 telah diraikan di Johor Bahru manakala SMP 2023 telah dianjurkan di Kuching, Sarawak. Turut sama hadir di majlis perasmian SMP 2025 ialah Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang serta Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, dan diserikan dengan penyampaian Geran Rukun Tetangga Progresif dan Biasiswa Yayasan Tunku Abdul Rahman kepada penerima yang layak. (https://www.perpaduan.gov.my)

Aktiviti yang berlangsung sempena SMP 2025 termasuk pameran Rumah KAMI (rumah etnik), Perkampungan Etnik Kadazan Dusun dan Orang Asli, Pameran Malaysia Tanah Airku, pameran Susur Masa oleh Jaban Muzium Malaysia serta Pavilion Perpustakan Malaysia. Pelbagai perkidmatan secara terus kepada rakyat juga disediakan termasuk diskaun saman Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), serta pengurangan kompaun pihak berkuasa tempatan saperti Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP). (https://www.jpj.gov.my; https://www.mbpp.gov.my; https://www.mbsp.gov.my)

Selaku Ketua Eksekutif, Sejahtera Leadership Initiative (SLI), saya sedar bahawa hakikat sebenar SMP bukan sekadar satu acara malah adalah peringatan bahawa perpaduan adalah asas kekuatan negara. Malaysia dibina atas dasar semangat muafakat, saling menghormati & keadilan antara pelbagai kaum. Kejayaan kita selama ini dalam membangunkan negara yang stabil dan makmur adalah hasil daripada kerjasama & kesepakatan semua rakyat tanpa mengira latar belakang, budaya dan agama. Semoga semangat perpaduan ini akan terus berkembang dan memberi manfaat kepada negara kita dan generasi akan datang. (www.facebook.com/SejahteraLeadershipInitiative)
Saya amat teruja dalam menyemarak semangat perpaduan ini, Restoran Kenanga di Kelab Shah Alam, Selangor telah mempromosi untuk ahli-ahlinya (yang sejumlah besar terdiri dari orang Melayu) keluarga, sanak saudara dan para tetamu mereka sajian menarik dan hidangan istemewa Cina halal yang lazat dengan harga yang berpatutan. (www.kelabshahalam.com)

Kongsikan bagaimana inisiatif kerajaan atau perkhidmatan awam telah memberi kesan positif kepada masyarakat, dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai sehingga RM10,500! Ketahui cara penyertaan di sini. T&S terpakai.
Zulkifly Baharom (hajizul50@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.



