Sami Shaolin Paling Tampan Meninggal Dunia Pada Usia 21 Tahun, Warganet Turut Berduka

19 Aug 2024 • 8:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Sami shoalin paling tampan di China, Qiu Feng terbunuh pada usia 21 tahun selepas terlibat dalam kemalangan kereta.

Impak di kepala

Menurut Xing, Qiu mengalami beberapa impakan di bahagian kepalanya selepas terlibat dalam pertembungan antara teksi semasa  membuat perjalanan ke satu pertunjukan amal.

Tidak dapat menerima hakikat

Ada antara pengguna internet menyatakan rasa duka dan terkejut dengan berita pemergian Qiu.

Salah seorang pengguna internet tidak dapat menerima hakikat dan menyatakan rasa sedihnya meskipun tidak mengenali rapat sami itu.

“Apabila saya mendengar berita ini, saya sangat terkejut dan terus memeriksa bagi mendapatkan mengesahkannya.

“Sehingga kini saya masih tidak dapat menerima hakikat dan pertama kali juga saya merasa sedih untuk seseorang yang tidak saya kenal secara peribadi,” kata seorang pengguna internet.


Qiu mula meraih populartiti dalam kalangan peminatnya kerana penampilannya yang atletik dan memiliki kemahiran kung fu yang mengagumkan sehingga mendapat jolokan sami shoalin paling tampan.

Dia juga dilantik sebagai duta untuk seni bela diri tradisional sebahagian daripada promosi daripada Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan di wilayah Henan.

Sumber: South China Morning Post

View Original Article