“Sampai 28kg”, Minah Saleh Kongsi Makanan Di Bawa Pulang Dari Malaysia

LocalFood
24 Feb 2025 • 8:40 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

“Sampai 28kg”, Minah Saleh Kongsi Makanan Di Bawa Pulang Dari Malaysia

Tidak dinafikan, Malaysia sememangnya terkenal sebagai syurga makanan khususnya buat pecinta makanan (food hunter).

Antara makanan yang sering menjadi tumpuan ramai adalah Nasi Lemak, Nasi Goreng, Raja Buah ( Durian) dan banyak lagi.

Selain itu, keunikan bangsa dan kaum turut mewujudkan makanan tradisi sesuatu kaum seperti Roti Canai, Muruku, Tosai, Kuih Chang, Ketupat dan banyak lagi.

Jadi, tidak hairan mengapa ramai orang termasuk pelancong dari luar tidak terlepas peluang untuk mencuba pelbagai makanan menarik yang terdapat di Malaysia.

Bahkan, sesetengah daripada pelancong siap ‘memborong’ makanan, jajan atau cenderahati dari Malaysia untuk dibawa pulang ke kampung halaman.

Begitulah yang dikongsikan oleh seorang minah saleh dalam klip videonya di akaun TikTok @lifeofleils.

28kg Beg Makanan Saja Dari Malaysia

image is not available
Gambar: TikTok @lifeofleils

Menerusi klip berkenaan, klip berkenaan wanita berkenaan mengangkat satu beg berwarna hitam yang dipercayai seberat 28kg.

Di dalamnya terdapat pelbagai makanan dan jajan yang dibeli dari Malaysia untuk dibawa ke London.

Ini Rupanya Senarai Makanan Yang Dibeli

image is not available
Gambar: TikTok @lifeofleils

1. Keropok Mamee Monster

2. Crispy Seaweed (kerepek rumpai laut)

3. Gula-gula Fruit Plus

4. Mi Sedap Original & Jumbo

5. Roti Lexus

6. Pes Tomyam

7. Pocky

8. Serbuk Tomyam

9. Milo

10. Keropok ikan

11. Mentos

12. Kisses

13. Kacang cap tangan (Ngan Yin)

14. Kopiko

15. Roti beras dan banyak lagi.

Orang Malaysia dah ni – Netizen

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya turut memberikan komen positif.

Malah ada juga yang memberikan saranan dengan beberapa makanan popular di Malaysia.

Berikut antara komen netizen;

“Sebagai pelajar dari Malaysia yang belajar di Manchester, apa yang awak bawa pulang sama dengan apa yang saya bawa. Rindu rumah (Malaysia),” komen seorang pengguna.

“Mana sambal nyet Khairul Aming,” seloroh pengguna lain.

“Awak terlupa keropok super ring,” komen seorang lagi.

“Sila datang lagi ke Malaysia,” tulis seorang pengguna.