“Sampai airport nama tak wujud” – Ramai ‘Complaint’ Pakej Travel Kim Seri, Tiada Tiket Flight Pulang Ke Malaysia

Entertainment
16 Dec 2024 • 9:10 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tidak lama dulu, Lobak Merah ada melaporkan mengenai beberapa rungutan netizen terhadap pakej percutian ke Korea menggunakan khidmat influencer terkenal, Kim Seri yang dikatakan tidak berbaloi kerana mempunyai pengurusan yang buruk.

Malah, empunya diri, Kim Seri sendiri ada mengeluarkan kenyataan memohon maaf atas apa yang terjadi dan akan cuba berusaha memperbaiki segala kekurangan.

image is not available

Kena ‘scam’ dengan Kim Seri?

Terbaru semalam, beberapa individu yang mengambil pakej travel dengan influencer ini meluahkan rasa kesal mereka terhadap Kim Seri apabila tidak dapat pulang ke Malaysia dengan tiket penerbangan yang dijanjikan wanita itu.

Menurut perkongsian shmnrn11 di TikTok, dia mendakwa telah menerima tiket penerbangan pulang palsu dari Kim Seri kerana nama mereka tidak wujud di dalam sistem.

Mangsa tersebut berkata, mereka telah memeriksa semua syarikat penerbangan berkenaan tiket yang diberikan influencer itu, namun malangnya mendapati nama mereka tiada di dalam senarai.

Dia (Kim Seri) ada booking flight ticket balik Air Asia, tapi bila kita orang check, booking numbers memang wujud tapi nama kita orang tak wujud.

“Sekarang ni kita orang tersadai dekat sini dan dia tak bagi duit dekat kami untuk beli tiket penerbangan. Bila ditanya… Allahu, Allahuakhbar… daripada pukul 4 pagi,” katanya.

@shmnrn11

Sampai airport nama tak wujud guys!!!! KIMSERI PLEASE BERTANGGUNGJAWAB, MANA DUIT KAMI YG BAYAR 2 BULAN LEPAS??? Banyak lagi nak spill nii sabar japp ehh #kimseriproblem #kimseritakbayarticketflight #kimserihilang #kimserisidaicustomer

♬ original sound – Shmnrn – Shmnrn

Disebabkan mendapat respon yang buruk dari Kim Seri, wanita itu terpaksa membeli tiket penerbangan hasil bantuan orang lain.

Kim Seri tolong bertanggungjawab. Kau ambil duit kita orang punyalah banyak, kena bayar dua bulan sebelum, tak boleh lambat. Aku lambat bayar seminggu je sebab bank problem, kau dah tanya ye.

“Baru tahu, hari ini, ejen yang handle tu dah resign. Semua dah resign,” katanya.

Wanita ini juga mengingatkan agar mereka yang telah membuat tempahan pakej percutian dengan Kim Seri untuk membatalkan perancangan mereka jika tak mahu mengalami apa yang dialaminya.

Selain wanita itu, ada juga individu lain yang berkongsi video mereka terkandas di Korea dan terpaksa mengeluarkan duit sendiri untuk membeli tiket penerbangan pulang dan makanan.

@lee_burnboy_

NAMA KAMI TIADA DALAM SISTEM …. KAMI GUNA DUIT SENDIRI BELI FLIGHT BALIK….DUIT PENGANGKUTAN , MAKANAN DAN TIKET KAMI DISELEWENGKAN UNTUK KEGUNAAN DIRI SENDIRI….#kimseriproblem

♬ somebody pleasure x angel baby – fdill

Dalam situasi ini, admin harap mereka yang teraniaya cepat-cepatlah buat laporan polis dan semoga urusan mendapatkan wang yang diseleweng dipermudahkan.

Sumber: TikTok (1), (2)

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.