Sampai bila boleh kuat, saya tiada jawapan hanya berserah pada Allah – Zara Zya

EntertainmentHealth & Fitness
31 Dec 2025 • 12:14 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Zara Zya terus mengundang rasa sebak dalam kalangan peminatnya apabila mengesahkan menghidap kanser buah pinggang atau renal cell carsinoma tahap satu.

Menerusi perkongsian di Threads, pemilik nama Nur Zara Zya Abdul Rahman mengakui berdepan fasa sukar dengan pelbagai ujian dan tidak tahu sehingga bila mampu bertahan hidup.

Hanya berserah kepada Allah

image is not available

“Sampai satu tahap saya rasa banyaknya ujian Allah bagi pada saya dan tanya pada diri saya sampai bila boleh kuat, dan saya masih tiada jawapan,” luahnya hingga menitiskan air mata.

Bagaimanapun, aktres itu memaklumkan buat masa ini dia hanya mampu berserah kepada Allah dan percaya di sebalik ujian yang diterima pasti tersimpan nikmat Tuhan yang tidak diketahuinya.

image is not available

“Tapi apa pun saya tetap berserah kepada Allah, saya tak tahu akan datang mungkin ada pelangi yang Allah nak bagi pada saya.
“Walaupun macam-macam dugaan Allah bagi pada saya sekarang, saya tempuhi saja dengan baik,” jelasnya lagi.

Artikel lain: Zara Zya hidap kanser, pesan jangan abai isyarat tubuh badan -“Cepat penat, hidung berdarah”

image is not available

Terdahulu, menerusi perkongsian di platform Threads, Zara memaklumkan dirinya disahkan menghidap kanser buah pinggang tahap satu, dan menasihati orang ramai tidak mengabaikan sebarang isyarat yang diberikan oleh tubuh.

Sebelum ini, pelakon itu juga pernah mendedahkan pernah bergelut dengan masalah kesihatan berkaitan tulang leher, tulang belakang dan arthritis.

Sumber: Threads zarazyahq