Sampai Bila Nak Undang Penyakit? Ini Cara Ke Arah Kehidupan Bebas ‘Asap’

Health & Fitness
27 Mar 2024 • 3:34 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Sebenarnya, ramai rakyat Malaysia tahu nikotin adalah antara bahan berisiko yang terkandung dalam rokok, tapi ia bukanlah punca utama bagi penyakit berkaitan dengan rokok.

Nikotin hanya menyebabkan ketagihan, tapi apa yang berbahaya ialah asap rokok yang mengandungi 6,000 bahan kimia yang mana 100 daripadanya adalah bahan berbahaya dan punca kepada penyakit berkaitan rokok.

Kehidupan bebas ‘asap’, kehidupan yang lebih baik

image is not available

Kalau nak tahu, menurut kajian Yang, Owusu & Popova (2020), hanya 26.2% perokok sedar bahawa nikotin bukanlah punca utama bagi penyakit yang berkaitan dengan rokok, dan sembilan daripada 10 perokok tidak menghentikan tabiat buruk itu.

Sebaiknya, perokok berhenti daripada merokok sepenuhnya. Bagaimanapun, bagi mereka yang tidak boleh berhenti ataupun tidak mahu berhenti, mereka mempunyai hak untuk mendapatkan maklumat tentang alternatif yang kurang memudaratkan dan bebas daripada asap.

Untuk pengetahuan semua, dengan menggunakan cara ‘Harm Reduction’ – iaitu proses bagi mengurangkan kesan negatif yang berkaitan dengan tingkah laku berisiko seperti tabiat merokok melalui langkah-langkah alternatif, ia dapat membantu mengurangkan pengambilan tembakau sekaligus menurunkan risiko penyakit berkaitan rokok.

image is not available

Produk bebas asap merupakan salah satu bentuk ‘Tobacco Harm Reduction’ yang boleh membantu mengurangkan kemudaratan kerana ia tidak akan menghasilkan asap yang berbahaya.

Asap rokok terhasil apabila tembakau dibakar, manakala produk bebas asap seperti Heated Tobacco Product (HTP) hanya akan memanaskan tembakau tersebut untuk mendapatkan nikotin darinya. Produk seperti vape pula akan memanaskan cecair nikotin terus. Kedua-dua produk ini tidak akan mengeluarkan sebarang asap kerana tiada berlakunya proses pembakaran.

Ini cara ke arah kehidupan bebas ‘asap’

image is not available

Selain daripada HTP dan vape, terdapat banyak produk alternatif seperti SNUS, kantung nikotin dan selaginya yang boleh didapati di pasaran. Namun begitu, perlu diingati bahawa produk alternatif ini masih tidak bebas daripada risiko.

Sudah tentu langkah terbaik adalah untuk berhenti merokok, bagaimanapun bagi mereka yang tidak boleh berhenti atau tidak mahu berhenti, produk bebas asap adalah alternatif terbaik bagi mengurangkan sebarang risiko.