“Sampai K.O” – Perawat Bertinju Dengan Pesakit, Rawatan ‘Rare’ Buang Sihir

Entertainment
11 Jan 2024 • 1:43 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Segelintir masyarakat pada hari ini masih lagi mengamalkan rawatan tradisional bagi mengubati penyakit mistik ataupun gangguan halus yang dijangkiti.

Sebelum ini, netizen dikejutkan dengan penggunaan pistol mainan dalam perubatan sehingga menjadi tular di media sosial.

Rupanya, ada pelbagai kaedah rawatan yang digunakan seperti yang tular di platform TikTok baru-baru ini.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Dhomir Ruqyah, dipaparkan seorang perawat bertindak seperti sedang bertinju dengan seorang wanita di hadapannya.

Perawat itu mengelak dan melepaskan tumbukan angin ke arah pesakit dan wanita itu mengelak ke belakang sehingga terperangkap pada dinding.

Dapat dilihat perawat melepaskan tumbukan bertubi-tubi ke arah pesakit dan akhirnya pesakit terjatuh ke lantai sambil dilihat beberapa orang dalam bilik tersebut.

Rata-rata yang melihat video itu seperti tidak menyangka dan sangsi adakah rawatan itu benar-benar menjadi atau tidak. Selain itu, ada juga yang berasa geli hati melihat cara rawatan itu.

image is not available

Persoalan itu dijawab perawat dengan mengatakan Rasulullah SAW pernah mengeluarkan jin tidak hanya dengan cara ruqyah dan doa.

image is not available

Difahamkan, kaedah perubatan yang diamalkannya memberi pilihan kepada masyarakat terutama wanita untuk menjalani rawatan tanpa sebarang sentuhan atau perbuatan yang menjurus ke arah tidak baik.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.