“Sampai Lupa Tahun Kahwin”- Suami Isteri Tengah Syok Berkaraoke ‘Diserbu’ JAIS Buat Ramai Terhibur [Video]

LocalLifestyle
8 May 2026 • 5:28 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: “Sampai Lupa Tahun Kahwin”- Suami Isteri Tengah Syok Berkaraoke ‘Diserbu’ JAIS Buat Ramai Terhibur [Video]

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Bila sudah berkahwin, hendak keluar atau pergi ke mana-mana seperti bercuti atau ke pusat karaoke bersama pasangan bukanlah menjadi satu masalah.

Namun lain pula dengan pasangan suami isteri ini apabila mereka ‘diserbu’ oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ketika sedang seronok berkaraoke.

Suami Isteri Tengah Duet Nyanyi Lagu, JAIS Datang Serbu

Momen melucukan itu dikongsikan oleh seorang wanita di TikTok miliknya @mekkanjer.

“First time kena,” tulisnya di kapsyen.

Menerusi video tular, kelihatan dia bersama suaminya sedang seronok menyanyikan lagu dari negara Indonesia, Wali Band berjudul Yank.

Ketika mereka mula hendak masuk ke bahagian seterusnya dalam lagu terbabit, tiba-tiba datang individu memberi salam dan meminta mereka untuk berhenti menyanyi.

“Assalamualaikum, matikan kejap. maaf menganggu. Jabatan Agama Islam (JAIS) pemeriksaan,” kata individu terbabit.

JAIS Minta Tunjuk Bukti Sebagai Suami Isteri, Si Suami Sampai Lupa Tahun Kahwin

Melalui video tersebut, kedengaran individu berkenaan bertanya status hubungan mereka.

Malah, ketika kedua-duanya mengesahkan mereka adalah suami isteri, pihak JAIS terus meminta bukti daripada pasangan terbabit.

Menariknya, si suami sampai tersalah sebut tahun kahwin ketika ditanya oleh pegawai JAIS berkenaan.

Manakan tidak, pasangan tersebut sebenarnya berkahwin pada bulan Disember 2024 namun si lelaki tersalah sebut dan menjawab mereka berkahwin pada tahun lepas.

Namun, si isteri kekal tenang dan menyerahkan bukti perkahwinan yang dipercayai merupakan kad perakuan nikah (kad nikah).

Malah, wanita itu turut menjelaskan kepada pegawai JAIS berkenaan bahawa mereka juga telah mempunyai seorang anak yang berumur setahun.

Menyedari pasangan itu adalah suami isteri yang sah, JAIS terus mengucapkan ucapan terima kasih sebelum berlalu pergi dan kedua-dua mereka kemudiannya dilihat saling tertawa antara satu sama lain.

“Randomnya. Tiba-tiba JAIS serbu. Yang laki aku tahun bila kahwin pun tak ingat dah,” tulisnya.

@mekkanjer

first time kena adeh #jais #karoke #fyp

♬ original sound – MEKKANJERRR – MEKKANJERRR

Tonton video penuh [DI SINI]

Ramai Tak Sangka JAIS Serbu Pusat Karaoke

Perkongsian yang telah mendapat lebih 2.4 juta tontonan nyata mendapat perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang terkejut dan tidak menyangka JAIS membuat serbuan di pusat karaoke.

Malah, ada juga netizen yang panik dan turut tertanya-tanya bagaimana jika pasangan suami isteri yang diserbu tidak mempunyai kad perakuan nikah.

Pun begitu, ada yang berseloroh momen diserbu jabatan agama adalah impian bagi setiap pasangan suami isteri yang sah bernikah.

Tidak kurang juga ada yang memuji penguatkuasaan yang dilakukan JAIS kerana ia dapat mencegah perlakuan maksiat.

Dalam masa sama, ada juga yang mencadangkan agar pihak berkaitan membuat satu aplikasi yang senang dan mudah sebagai dokumen bagi membuktikan seseorang itu adalah suami isteri.

Ini antara komen menarik pengguna TikTok:

“Seriuslah Masuk Pusat Karaoke? Seram”

Image from: “Sampai Lupa Tahun Kahwin”- Suami Isteri Tengah Syok Berkaraoke ‘Diserbu’ JAIS Buat Ramai Terhibur [Video]

“Ini Kalau Kena Dekat Aku Pening. Sijil Kahwin Dekat Rumah. Kad Kahwin Tak Buat”

Image from: “Sampai Lupa Tahun Kahwin”- Suami Isteri Tengah Syok Berkaraoke ‘Diserbu’ JAIS Buat Ramai Terhibur [Video]

“Bagus Juga JAIS Buat Macam Ni, Dapat Elakkan Anak Muda Dekat Maksiat”

Image from: “Sampai Lupa Tahun Kahwin”- Suami Isteri Tengah Syok Berkaraoke ‘Diserbu’ JAIS Buat Ramai Terhibur [Video]

“Kalau Macam Aku Ni Kena, Kena Bawa Balik JAIS Ke Rumah Sebab Kad Nikah Tak Ada”

Image from: “Sampai Lupa Tahun Kahwin”- Suami Isteri Tengah Syok Berkaraoke ‘Diserbu’ JAIS Buat Ramai Terhibur [Video]

“Kalau Saya Panik Sampai Tak Sedar Dah Kahwin”

Image from: “Sampai Lupa Tahun Kahwin”- Suami Isteri Tengah Syok Berkaraoke ‘Diserbu’ JAIS Buat Ramai Terhibur [Video]

“Boleh Tak Kad Kahwin Buat Dalam Bentuk Apps Je, Senang Nak Tunjuk”

Image from: “Sampai Lupa Tahun Kahwin”- Suami Isteri Tengah Syok Berkaraoke ‘Diserbu’ JAIS Buat Ramai Terhibur [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Pasangan Pengantin Baharu Kena ‘Serbu’ Jabatan Agama, Gara-Gara Mulut Puaka Mak Cik Kedai Makan [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Cubaan Menyorok Bawah Katil Tak Menjadi, Pasangan Baru Kenal Tak Sampai 24 Jam Dicekup Berkhalwat

View Original Article