“Sampai nangis sebab excited” – Peminat Mechamato Teruja Dapat Tengok ‘Kota Hilir’ Di Melaka

Entertainment
15 Nov 2023 • 1:02 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Buat peminat animasi tempatan, pasti kenal dengan siri Mechamato yang merupakan prekuel kepada siri BoBoiBoy.

Siri tersebut menggunakan latar belakang lokasi yang diinspirasikan dari Bandar Hilir di Melaka dan di dalam siri berkenaan bandar tersebut diberi nama Kota Hilir.

Baru-baru ini, di laman media sosial X, seorang pelancong dari Indonesia berkongsi dia serta adiknya bercuti ke Melaka bagi menyaksikan sendiri keindahan lokasi yang menjadi latar belakang siri animasi tersebut.

“Ini adalah pertama kali saya ke Malaysia, tidak pernah saya bayangkan saya berpeluang untuk melihat sendiri lokasi ‘penggambaran’ BoBoiBoy x Mechamato.

Sampai menangis kerana teruja. Saya dan adik merupakan peminat setia Spheraverse sejak beberapa tahun lalu,” tulisnya.

Malah dalam ciapannya itu dia turut berseloroh bahawa ia merupakan pencapaian terbesar dalam hidup mereka berdua.

“Welcome to Malaysia”

Dalam ruangan reply, rata-rata rakyat Malaysia membalas ciapan peminat setia siri animasi itu dengan mengalu-alukan kedatangan mereka, malah ada juga yang merekomendasi untuk mencuba makanan-makanan yang ada di Bandaraya Bersejarah itu.

image is not available

Comel sangat!

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.