“Sampai sekarang menggigil” – Wanita Cemas Ada Lelaki Tak Berbaju Tercegat Depan Rumah

Entertainment
30 Dec 2022 • 3:43 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tidak dapat dinafikan, zaman sekarang ramai individu yang sering bertindak luar dari kebiasaan hingga menimbulkan rasa cemas terhadap orang lain terutamanya kaum Hawa.

Hari ini tular sebuah tweet yang dikongsikan oleh @NienaQistinaa yang memberitahu agar penduduk di kawasan Presint 11, Putrajaya untuk berhati-hati kerana terdapat seorang lelaki yang tidak dikenali berdiri di hadapan rumahnya.

“Macam dah lama aim”

Perkara tersebut diberitahu oleh jirannya yang terlihat lelaki berkenaan tercegat di hadapan rumah wanita berkenaan yang sedang bersiap untuk keluar dari rumahnya.

Sudah pastinya ia menimbulkan rasa kurang senang malah wanita berkenaan turut memberitahu yang dirinya berada dalam ketakutan sehingga seluruh badannya menggigil.

“Alhamdulillah dapat jiran yang prihatin, uncle (jiran) terus call polis. Polis P11 pun boleh tahan laju tak sampai berapa minit dah dengar orang bagi salam.

Kita yang dekat atas dalam bilik ni takut la nak turun, tapi Aunty Mona call bagitahu yang polis dah ada depan rumah,” tulisnya.

Wanita berkenaan turut memberitahu pihak polis bertanya jika dia mengenali individu tersebut dan dia telah meyakinkan polis itu dia tidak sama sekali mengenali lelaki berkenaan.

Gadis tersebut berkata terdapat banyak kejadian pecah masuk di sekitar kawasan rumahnya itu dan ia membuatkan gadis berkenaan lebih cemas kerana risaukan perkara yang tak diingini berlaku.

Dia juga bersyukur kerana mempunyai jiran yang prihatin dan cakna dengan perkara yang berlaku di sekitar rumah mereka.

Mujur semuanya selamat…

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.