“Sampai tercabut lens cermin mata” – Wanita Kongsi Dilemp*ng Wanita Tak Dikenali

Entertainment
10 Jul 2025 • 12:48 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Apabila kita menggunakan pengangkutan awam, soal keselamatan perlu diambil berat, bukan sahaja daripada jenayah seperti penyeluk saku tetapi juga ragam manusia yang tidak boleh disangka.

Seperti yang tular baru-baru ini, seorang wanita berkongsi dia ditampar oleh seorang wanita berusia secara tiba-tiba ketika menggunakan MRT.

image is not available

Menurut hantaran yang dimuat naik, difahamkan wanita berusia itu secara tiba-tiba datang kepada mangsa lalu menamparnya dengan begitu kuat sehinggakan cermin lens tercabut cermin matanya.

Menerusi ruangan replies, difahamkan ini bukan pertama kali mak cik berkenaan melakukan perkara sedemikian.

Mangsa juga telah membuat laporan polis lalu menariknya kerana dia mengatakan sudah ada banyak laporan mengenai wanita tersebut namun masih belum ada tindakan dari pihak berkuasa.

Rata-rata netizen menganggap wanita itu mempunyai masalah mental dan perlu dilaporkan pada pihak berkuasa kerana dia memberi ancaman terhadap orang awam.

image is not available

Setakat artikel ini ditulis, masih belum ada kenyataan daripada mana-mana pihak berkuasa.

Harap pihak berkuasa pantau dan ambil tindakan tentang kes ini…

Sumber: Threads

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.