“Sampai terkel*ar kulit, kena air rasa pedih” – Murid Darjah 2 Trauma Ke Sekolah Dicubit Cikgu Sampai Berbekas

Entertainment
13 Jan 2025 • 1:19 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang murid tahun dua dari sebuah sekolah agama di Langkawi kini mengalami trauma sampai enggan ke sekolah selepas didakwa dicubit oleh gurunya sehingga meninggalkan kesan luka.

Ibunya, Puteri Sheryl Emyra Rosli @ Rosman, 34, berkata, anaknya itu yang dikenali sebagai Hafiz telah dicubit 2 kali di bahagian lengan dalam dua kejadian berasingan oleh seorang guru wanita yang sama.

Katanya, kali pertama ianya berlaku pada Ogos lalu dan paling baharu pada 16 Disember lalu atas alasan anaknya itu bising dalam kelas.

“Selain kena cubit, anak saya sebelum itu pernah didenda ketuk ketampi sebanyak 50 kali oleh guru berlainan. Bagaimana pun isu terbabit diselesaikan dengan baik bersama pihak sekolah.”

Menurut Sinar Harian, Puteri Sheryl luluh hati apabila melihat perwatakan anaknya yang berubah, daripada seorang yang periang jadi pendiam, mudah menangis dan tak mahu ke sekolah.

image is not available

“Dia juga ada perilaku aneh apabila selalu menggigit leher bajunya seperti tertekan. Cikgu tu cubit lengan anak sampai terkeluar kulit jadi bila kena air anak saya menangis kerana pedih.”

Ibunya telah membuat laporan polis agar satu siasatan yang telus dapat dilakukan.

“Selepas saya nampak lebam pada tangan anak, saya terus buat laporan polis dan juga pemeriksaan kesihatan. Saya juga sudah berjumpa dengan pengurusan sekolah untuk mendapatkan pencerahan tentang kes ini.

“Bagaimanapun, jawapan yang saya terima sangat mengecewakan. Sekolah beri alasan lebam di tangan Hafiz itu disebabkan anak saya cuba menyakiti dirinya sendiri.”

image is not available

“Saya kenal anak saya, dia takkan sakiti dirinya sendiri. Apa yang lebih mengecewakan sehingga hari ini saya langsung tidak menerima permohonan maaf dari seorang guru pun.”

Tegas ibunya lagi, dia mahukan keadilan buat anaknya memandangkan kejadian terbabit telah menjejaskan kualiti hidup anaknya yang baru berusia 8 tahun dan berharap pihak yang bertanggungjawab bersikap tidak lepas tangan dalam isu terbabit.

Sumber: Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.