Sampaikan Lagu ‘Bertahan Demi Cinta’ Versi ‘Live’, Netizen Puji Keyakinan Nur Fazura

LocalEntertainment
5 Nov 2024 • 11:44 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular di media sosial TikTok baru-baru ini mengenai penampilan Nur Fazura yang tampil menyanyikan lagu single terbaharu iaitu Bertahan Demi Cinta di sebuah program TV.

Usai perceraian pelakon jelita itu sebelum ini, Nur Fazura dilihat aktif memasarkan perniagaan tudungnya dan tidak meninggalkan sebarang reaksi di sebalik kemahsyuran yang dikecapi bekas suaminya kini iaitu Fattah Amin.

Pastinya peminat tegar pelakon ini menantikan projek terbaharu dan salah satunya mengenai pelancaran lagu Bertahan Demi Cinta yang mula menemui peminat sekitar pertengahan bulan lalu.

Dia yang menggayakan busana ringkas berwarna ‘peach’ dan putih itu kelihatan menghayati dan menyanyikan lagu yang sepatutnya menjadi duet bersama Fattah Amin.

Menjengah ke ruangan komen hantaran TikTok tersebut, peminat memuji kelunakan suara Fazura yang pernah muncul dengan single Hancur Aku bersama-sama dengan kumpulan Estranged suatu ketika dahulu.

Ada juga yang memuji keyakinan Fazura dan menyamakan aktres serta usahawan itu dengan penyanyi dan pelakon Bella Astillah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 5 hours ago

"Perkara Paling Penting Adalah Bertahan Dan Berjuang Demi Cinta - Fazura Ulas Inspirasi 'Bertahan Demi Cinta'