Sampul raya SIRIM QAS tarik perhatian ramai

26 Mar 2025 • 11:58 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Pelbagai jenis warna dan design sampul raya yang dikeluarkan oleh syarikat atau jenama-jenama tertentu. Dari rekaan tradisional hingga ke corak moden yang kreatif, evolusi sampul duit raya terus menarik perhatian setiap tahun.

Sampul raya bukan hanya melambangkan tanda ingatan kepada individu malahan sebagai satu perkongsian rezeki. Walaupun sudah memasuki era teknologi moden, pemberian duit raya dengan menggunakan sampul raya terus menjadi tradisi yang tidak dilupakan sehingga kini.

Sampul raya keluaran SIRIM QAS International menarik perhatian ramai apabila sampul berkenaan bukan hanya semata-mata sampul duit raya, tetapi terselit biji benih tanaman seperti cili, tomato dan brinjal.

@sirimqasinternational

Sampul Raya SIRIM QAS tahun ini, lain macam sikit! Kami selitkan ketupat mini di belakang setiap sampul – dalamnya ada benih tanaman seperti cili, tomato dan brinjal. #SIRIMQAS #ESG #TanamSendiri #RayaBersamaSIRIM #SelamatHariRaya #fyp

♬ Tokyo – Leat’eq

Benih berkenaan diselitkan pada design ketupat mini yang terdapat di belakang setiap sampul.

“Sampul Raya SIRIM QAS tahun ini, lain macam sikit!

“Kami selitkan ketupat mini di belakang setiap sampul – dalamnya ada benih tanaman seperti cili, tomato dan brinjal,” kongsinya di hantaran TikTok.

Bagaimanapun, difahamkan sampul berkenaan hanya diedarkan pada staf dan juga pelanggan sahaja namun akan dibuka juga untuk jualan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved