Samseng Di Jalan Tabuan TT3, ‘Abang Rambut Merah’ Akhirnya Dicekup Polis

1 Mar 2023 • 3:41 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga

Samseng Di Jalan Tabuan TT3, ‘Abang Rambut Merah’ Akhirnya Dicekup Polis. Polis telah melakukan tangkapan terhadap seorang suspek lelaki menunggang motosikal yang melakukan provokasi serta memandu secara melulu.

Aksi lagaknya telah menyebabkan halangan lalu lintas kepada pengguna jalan raya lain di Jalan Tabuan Tranquality pada Sabtu lalu.

image is not available
Samseng Di Jalan Tabuan TT3, ‘Abang Rambut Merah’ Akhirnya Dicekup Polis. Kredit: IPD Kuching

Ditahan di kediamannya di Kampung Beradek

Ketua Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ahsmon Bajah berkata, suspek berusia 43 tahun ditahan dikediamannya di Kampung Beradek Ulu, jam 10 malam kelmarin.

“Semakan mendapati suspek mempunyai empat rekod jenayah lampau melibatkan kes rompak dan samun.

image is not available

Suspek juga positif dadah

“Suspek juga didapati positif dadah jenis methamphetamine,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, suspek telah direman selama tiga hari untuk melengkapkan siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pegangkutan Jalan 1987.

Video kes yang berlaku jam 3.10 petang, Sabtu lalu itu telah tular di Facebook.

Baca lagi artikel terkini: