
Kota Kinabalu: Samson dan Sharllotte Avryll Silvester muncul juara pada kejohanan tenis pendatang baru yang dianjurkan Persatuan Tenis Daerah Sandakan (PTDS) di gelanggang tenis mereka pada hujung minggu lalu.
Pemain pilihan utama Samson merangkul gelaran lelaki dengan kemenangan straight set 7-5,6-3 ke atas Azwie Jafri pada perlawanan akhir manakala Scharlotte yang berusia 12 tahun merangkul kejuaraan wanita selepas menewaskan Kwan Yien Yee dalam tiga set 6-0, 5 -7, 10-7.
Seramai 20 pemain, masing-masing 10 bagi kategori lelaki dan wanita, menyertai pertandingan selama dua hari itu.
Presiden PTDS Fernando Rulloda berkata objektif utama kejohanan itu adalah untuk menyediakan platform kepada pemain yang baru berjinak-jinak dalam sukan itu untuk mengasah kemahiran serta mendapat pendedahan.
Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua penaja atas sokongan mereka dalam menjayakan kejohanan tersebut.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
