Samsung Adalah Pengeluar Soundbar Paling Popular Untuk 11 Tahun Berturut-Turut

TechnologyDigital
10 Mar 2025 • 10:46 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung sebelum ini pernah berkongsi yang televisyen mereka adalah produk pilihan ramai dan mempunyai jualan terlaris sepanjang 19 tahun berturut-turut. Terbaru, mereka berkongsi kejayaan baharu dalam bahagian produk audio pula.

image is not available

Menurut perkongsian Samsung di Korea, jualan peringkat global bagi soundbar mereka iaitu produk audio teater rumah kini juga adalah produk paling laris. Orang ramai lebih memilih soundbar berjenama Samsung berbanding jenama lain selama 11 tahun berturut-turut.

Tambahan mereka lagi, sejak tahun 2014 – soundbar Samsung telah memegang 20.1% majoriti pasaran dan pada tahun 2024 pula kekal yang tertinggi dengan 18.4% pegangan pasaran. Samsung bangga dengan pencapaian ini dan berjanji untuk terus menyajikan pengguna mereka dengan produk terbaik seperti barisan produk audio AI mereka pada tahun lepas.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved