
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap peniaga mempunyai cara tersendiri untuk menarik pelanggan dan melariskan produk jualan mereka.
Kebiasaannya, kebanyakan peniaga akan memasarkan produk melalui iklan sama ada di media sosial ataupun menggunakan perkhidmatan influencer (pempengaruh).
Ada juga yang menawarkan produk percuma jika pelanggan berjaya menyahut cabaran yang disediakan.
Lazimnya, cabaran pula adalah berbentuk ‘keseronokan’ contohnya seperti pelanggan perlu menari atau menjawab kuiz.
Peniaga Apam Balik Beri Cabaran Sambung Ayat Al-Quran Jika Nak Percuma
Lain pula dengan seorang peniaga apam balik ini yang mencabar pelanggannya untuk menyambung ayat al-Quran jika mahu mendapat apam balik percuma.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @bosssyuk, kelihatan peniaga berkenaan mencabar dua orang pelanggannya ‘menebuk’ al-Quran dengan menyambung surah ‘Abasa.
Melalui perkongsian itu, kedengaran peniaga apam balik berkenaan memulakan bacaan surah berkenaan daripada ayat yang ke-23 hingga 24.
Pelanggan Wanita Berjaya Sambung Ayat 25 Hingga Ayat 32
Apa yang menjadi perhatian adalah salah seorang pelanggan berkenaan berjaya menyambung surah ‘Abasa dengan lancar.
Malah, kedengaran wanita itu membaca ayat al-Quran berkenaan dari ayat ke-25 hingga ke-32.
Tindakan pelanggan tersebut berjaya membuat peniaga berkenaan kagum dan memuji kebolehannya menyambung surah berkenaan.
“Abang, akak dapat bang, baguslah kak. Mantap kak,” kata peniaga berkenaan.
Apam balik paling sedap hanya di @KuhotPutrajaya , Pandai tebuk dpt free bebbb #bazaarramadan #bazaar #hariraya #bajuraya #raya #duitraya
Turut Beri Apam Balik Percuma Kepada Ibu Mengandung
Difahamkan, peniaga itu sememangnya biasa membuat cabaran sedemikian kepada pelanggan mereka khususnya yang datang ke gerai jualannya di Bazar Ramadan Presint 3, Putrajaya.
Selain itu, peniaga tersebut turut memberi apam balik percuma kepada wanita yang sedang mengandung.
Terima kasih abg @bosssyuk dan team @gerpikids datang pada ramadan ke-7 terjah kami di Putrajaya. Tahun lepas menjadi pelanggan setia di Cyberjaya. Alhamdulillah syukur ada rezeki mereka. jom support team #gerpikids banyak tudung cantik-cantik untuk kanak-kanak. Terima kasih akak abg, berani menyahut cabaran kami. ✌️ p/s: Untuk ibu mengandung boleh datang ambil apam balik percuma ye. ♥️ #sambungayatalquranpercumaapambalik #kuhotcyberjaya #kuhotputrajaya #bazarramadanputrajaya2025 #tempahanapambalik
Ramai Kagum Kehebatan Pelanggan Wanita Berjaya Sambung Surah
Video yang telah mendapat lebih 105,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa kagum melihat kebolehan wanita berkenaan berjaya menyambung surah ‘Abasa dengan lancar.
Malah, ada yang berseloroh tidak kisah meletakkan nilai hantaran yang tinggi lepas melihat kebolehan wanita tersebut.
Pada masa yang sama, ramai juga yang memuji peniaga apam balik berkenaan yang menganjurkan cabaran berbentuk islamik untuk memberi apam balik percuma kepada pelanggan.
Ini antara komen pengguna TikTok:
“Akak Ni Tak Kosong”

“Ini Baru La Boleh Cemburu, Terbaik Dik, Kalau Hantaran Tinggi Pun Tak Boleh Nak Kata Apa”

“Terbaik La”

“Content Macam Ini Patut Diviralkan, Semoga Murah Rezeki Selalu & Dipermudahkan Urusan”

“Bagus Sangat Suasana Macam Ini”

Baca Artikel Berkaitan: Peniaga Apam Balik Jadi Bidan Terjun, Baca Doa Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Puji Kemerduan Suara Pemuda Ketika Baca Selawat Taslim Untuk Majlis Kahwin [Video]
Source:


![Lelaki Bersihkan 30 Surau Sempena Bulan Ramadan Raih Pujian Ramai [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/local.jpeg)
![“Berapa Kotak Kismis Akak Telan?” – Ramai Kagum Lihat Gadis Pantas Jawab Soalan Matematik [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/technology.jpeg)
![Baru Umur 6 Tahun, Aksi Kanak-Kanak Menari Tradisional Ikut Rentak Lagu Buat Ramai Kagum [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/lifestyle.jpeg)