Samsung Akan Adakan Acara Galaxy Unpacked Seterusnya Pada Bulan Julai Di Korea Selatan

TechnologyDigital
7 Jun 2023 • 9:58 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung kini menjadualkan sebuah acara Galaxy Unpacked pada bulan Julai 2023 kelak, dan buat pertama kalinya ia akan diadakan di negara asal mereka, Korea Selatan. Acara Galaxy Unpacked bulan Julai ini kelak dijangka akan memfokuskan kepada penawaran telefon boleh-lipat terbaru dari Samsung.

Ini adalah kali pertama Samsung mengadakan acara utama di Korea Selatan, dan bukannya di Amerika Syarikat seperti sebelum-sebelum ini.

image is not available

Samsung sedia mempunyai dua peranti dibawah siri Galaxy Z, iaitu Fold dan juga Flip. Kedua-duanya mempunyai gaya penggunaan berbeza, serta kumpulan sasaran pengguna yang berbeza. Pada acara berkenaan, Samsung dijangka mungkin memperkenalkan Galaxy Z Fold5 dan juga Galaxy Z Flip5.

Buat masa ini, tiada tarikh yang diberikan, tetapi mengikut desas-desus ia dijangka berlangsung sekitar 26 Julai kelak.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved