Imej Pengolokan Nothing Phone (2) Menunjukkan Tiada Perubahan Drastik Pada Rekaan

TechnologyDigital
5 Jun 2023 • 11:32 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Nothing Phone (2) akan dilancarkan pada bulan Julai dengan ia akan hadir dengan cip pemproses Snapdragon 8+ Gen 1. Beberapa imej acah rasmi yang dikongsi sendiri oleh Nothing sebelum ini memberikan petanda tentang rekaan akhir yang akan digunakan. Hari ini menerusi OnLeaks, beberapa imej pengolokan telah dihasilkan berdasarkan maklumat yang diterima setakat ini.

image is not available
Gambar oleh Onleaks dan Smartpix

Sekilas pandang hampir tiada beza dengan Phone (1). Terdapat sistem lampu Glyph di belakang serta mengekalkan sistem dwi-kamera utama yang disusun secara menegak. Rekaan grafik di belakang diberikan sentuhan warna merah. Perubahan paling besar tetapi tidak begitu ketar terletak pada sisi peranti yang kini dibulatkan dan tidak lagi rata.

image is not available
Gambar oleh Onleaks dan Smartpix

Terdapat lengkungan pada kaca panel belakang dan hadapan serta perubahan pada sistem lampu flash. Bagi yang mengharapkan suis membisukan peranti muncul pada peranti Nothing, tiada langsung suis ini pada imej pengolokan di atas. OnLeaks mempunyai rekod yang baik meniriskan rekaan peranti yang belum dilancarkan maka boleh dikatakan kesemua imej di atas mungkin menghampiri rekaan akhir Phone (2).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved