Samsung Arahkan Eksekutif Bekerja 6 Hari Seminggu Bagi Membantu Syarikat

TechnologyDigital
24 Apr 2024 • 9:52 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tiga tahun kebelakangan ini adalah mencabar bagi Samsung. Pandemik menyebabkan permintaan untuk peranti pintar, cip memori, cip pemproses dan peralatan elektronik baharu menurun sehingga menyebabkan pendapatan syarikat terjejas. Bagi menangani pelbagai isu yang dihadapi oleh syarikat, Samsung telah mengarahkan kakitangan berpangkat eksekutif untuk bekerja 6 hari seminggu.

image is not available

Pada ketika ini waktu bekerja ini telah dikuatkuasakan untuk kakitangan eksekutif di perniagaan pengilangan dan jualan Samsung tetapi dipercayai akan dikembangkan kepada perniagaan syarikat yang lain. Eksekutif diberikan pilihan untuk datang bekerja pada hari Sabtu atau Ahad.

Pada awalnya eksekutif di Samsung C&T, Samsung Heavy Industries, dan Samsung E&A secara sukarela datang bekerja pada hujung minggu sejak awal tahun bagi membantu syarikat. Kakitangan bukan eksekutif walau bagaimanapun akan kekal bekerja selama 5 hari seminggu yang diperkenalkan sejak 2003.

Syarikat menghadapi cabaran pasaran telefon pintar yang semakin kompetitif, kejatuhan nilai Won, peningkatan harga minyak, konflik peperangan global dan kos pinjaman wang meningkat. Selain di Korea Selatan, arahan bekerja baharu ini juga dikuatkuasakan ke atas kakitangan Samsung di India menurut laporan Business Today.

[Sumber] Korea Economic Daily [/sumber]

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved