Apple Diramalkan Menjual iPhone Lipat Pada 2026

TechnologyDigital
19 Dec 2025 • 9:49 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Semalam lukisan CAD untuk iPhone lipat tertiris menunjukkan dimensi seakan peranti Z Flip tetapi dengan skrin sekunder seakan sebuah Z Fold. Rekaan yang agak aneh ini membuatkan ia mirip sebuah Oppo Find N generasi pertama. Hari ini penganalisa terkemuka Ming-Chi Kuo mengatakan “iPhone Fold” akan dilancarkan secara rasmi pada H2 2026.

image is not available

Kuo menambah ia akan dikeluarkan dalam jumlah yang terhad di peringkat awal kerana ia merupakan produk generasi pertama dengan penawaran secara meluas dan stabil hanya akan berlaku pada tahun 2027. Pembangunan iPhone lipat telah didengari sejak 2018 dengan ia mengalami beberapa isu seperti skrin yang masih mempunyai kesan lipatan dan Apple memperhalusi rekaan akhir.

Lukisan CAD semalam mengesahkan iPhone lipat ini akan kelihatan seperti sebuah iPad Mini apabila dibuka dan iPhone generasi pertama apabila ditutup. Skrin luar sebesar 5.3″ manakala skrin dalam pula 7.7″. Ia akan dilancarkan sempena ulang tahun ke-20 iPhone pertama dilancarkan.