Samsung Dan LG Bersetuju Menyokong Peranti Internet Benda Keluaran Masing-Masing

TechnologyDigital
3 Sep 2023 • 1:59 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung dan LG adalah dua syarikat besar dari Korea Selatan yang bersaing dalam pasaran yang sama. Hujung minggu ini kedua-dua syarikat bersetuju membenarkan peranti internet benda (IoT) yang mereka keluarkan menggunakan aplikasi yang sama. Ini bermakna peranti LG boleh dikawal menerusi Samsung SmartThing dan peranti Samsung pula dikawal menggunakan LG ThinQ.

image is not available

Turut akan disokong ialah ekosistem keluaran Vestel menggunakan aplikasi Veezy. Ini adalah usaha Samsung untuk menyokong ekosistem IoT ahli-ahli Home Connectivity Alliance (HCA). Pada waktu ini sokogan akan hanya melibatkan tiga jenama ini terlebih dahulu untuk pelanggan di Amerika Syarikat, Korea, U.K, Jerman, Perancis, Itali, Sepanyol and Turki.

HCA ialah persatuan yang dianggotai oleh AEG, American Standard Heating and Air Conditioning, Arçelik, Beko, The Electrolux Group, Frigidaire, Haier, GE Appliances, Grundig, LG Electronics, Resideo Technologies, Inc., Samsung, Trane Residential dan Vestel.