Telefon Beg Tangan Pertama, Dijangka Beri Saingan Pada Iphone Dan Samsung

3 Sep 2023 • 1:54 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Firma dari China memperkenalkan telefon beg tangan pertama di dunia

Telefon Beg Tangan Pertama, Dijangka Beri Saingan Pada Iphone Dan Samsung. Sebuah syarikat teknologi China, Honor telah melancarkan model telefon pintar boleh lipat yang juga berfungsi sebagai beg tangan, menurut portal berita MailOnline, semalam.

Reka bentuk telefon pintar itu dijangka memberi saingan kepada jenama fesyen seperti Prada dan Louis Vuitton, serta gergasi teknologi pesaing seperti Apple dan Samsung.

image is not available
Gambar hiasan Samsung dan iPhone. Sumber: cybernews

Memperkenalkan model telefon pintar Honor V Purse

Menurut sumber, semasa ucaptama bertajuk ‘Unfold Tomorrow’ di ekspo teknologi IFA 2023 di Berlin, firma itu memperkenalkan model telefon pintar Honor V Purse.

Telefon pintar itu digambarkan sebagai sebuah beg tangan bergaya yang membolehkan ekspresi diri serta gaya hidup yang mampan. Namun, Honor tidak bercadang untuk mengeluarkannya di pasaran umum.

Jika telefon setebal 9 milimeter itu dilipat, skrinnya akan sentiasa hidup dan boleh dilihat pada setiap masa.

Bahkan, bahagian atas telefon itu mempunyai klip yang membolehkan pengguna menutup atau membuka lipatan, kamera serta cangkuk untuk tali bahu yang boleh ditukar ganti.

image is not available
Telefon Honor V Purse. Sumber: kosmo

Tahan lama, boleh dibuka dan ditutup lebih 400,000 kali

Bukan itu sahaja, pengguna juga boleh menukar gaya beg itu untuk keluar tanpa perlu membeli beg baharu. Ia dijangka boleh bertahan lama, serta boleh dibuka dan ditutup lebih 400,000 kali.

Baca juga artikel yang berkaitan: