Samsung Dijangka Mengintegrasi AI Agentik Ke Operasi Pengilangan Global Menjelang 2030

TechnologyBusiness & Finance
9 Mar 2026 • 5:33 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sewaktu acara Mobile World Congress 2026 Dijanyang berlangsung di Barcelona, Sepanyol pada minggu lepas, Samsung telah mengumumkan bahawa mereka mempunyai pelan untuk mengalihkan proses tenaga kerja pengilangan cip semikonduktor mereka kepada penggunaan AI Agentik sepenuhnya menjelang tahun 2030.

Integrasi AI ini akan melibatkan proses logistik kemasukan bahan mentah, pengeluaran produk, jaminan kualiti dan juga penghantaran ke klien-klien. Untuk ini, Samsung akan memperkenalkan sistem simulasi berkembar yang mana data daripada semua proses pengilangan fizikal akan disalurkan ke ejen AI yang dibangunkan oleh Samsung sendiri untuk melihat bagaimana proses pengilangan dijalankan, dan bagaimana ia boleh dioptimasikan dengan lebih lanjut.

image is not available

Dalam pada itu Samsung juga akan memperkenalkan penggunaan AI agentik dalam operasi kesihatan, keselamatan dan persekitaran syarikat melalui pengesanan proaktif dan sistem pencegahan bahaya automatik di kilang-kilang pengeluaran komponen mereka.

Penggunaan teknologi AI agentik akan disekalikan dengan pembangunan teknologi robotik untuk operasi pengilangan, bahagian logistik dan penghantaran bahan-bahan mentah untuk diproses di kilang-kilang mereka.

Jangkaan Samsung ialah kilang-kilang pengeluaran komponen DRAM dan NAND mereka secara global akan boleh diautomasikan dengan kecerdasan buatan dan robot menjelang 2030 kelak.