Samsung Dijangka Umum Platform Permainan Awanan Untuk Telefon Pintar

TechnologyDigital
3 Oct 2023 • 4:32 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sebelum ini, kita sedia melihat beberapa platform permainan awanan diperkenalkan, termasuk oleh NVIDIA dan Microsoft, selain Google Stadia yang ditamatkan. Namun, kebanyakkannya menyasarkan pengguna komputer, dan kini Samsung dijangka hadir dengan penawaran mereka tersendiri.

Mengikut laporan Korean Economic Daily, Samsung dijangka mengumumkan platform permainan awanan seawal minggu ini, dan agak menarik kerana platform berkenaan akan menyasarkan penggunaan di peranti mudah-alih, terutamanya telefon pintar.

image is not available

Dengan langkah ini, orang ramai dijangka boleh memainkan permainan pada peranti mudah-alih tanpa perlu memuat-turun atau memasangnya terlebih dahulu.

Untuk makluman, sebelum ini sendiri Samsung pernah mengetengahkan “Cloud Gaming Platform”, tetapi ketika itu menyasarkan pengguna di kaca televisyen.

image is not available

Ia dikatakan Samsung telah sedia berbincang dengan beberapa pembangun permainan untuk hadir dengan permainan mereka ke platform awanan Samsung ini. Ciri ini dijangka akan diintegrasikan pada bahagian Samsung Game Launcher yang hadir terbina pada pelbagai telefon pintar keluaran Samsung.

Dengan perkembangan baharu ini, sama-sama kita nantikan kejutan yang disediakan oleh Samsung melalui platform permainan awanan mereka tersendiri ini.