Awal tahun lepas, Samsung telah mengumumkan Game Hub untuk televisyen pintar terpilih mereka. Melalui Game Hub, pengguna boleh mengakses perkhidmatan penstriman permainan video seperti NVIDIA GeForce Now dan Amazon Luna. Terbaru, Samsung telah mengumumkan yang tv pintar mereka model tahun 2020 turut akan menerima Game Hub.

Dengan kemas kini ini, pengguna tv Samsung boleh mengakses Xbox Game Pass, GeForce Now, Amazon Luna, Utomik, Antstream, and Blacknut. Samsung menyenaraikan model televisyen yang disokong adalah M70A, M50A, Q950ST/900ST/800T, Q95T/90T/80T/79T, Q60T, TU8500, TU8000, TU7000, LS01T, LS03T, LS03TS, LS05T dan LST7T/9A. Setiap televisyen turut menyokong pelbagai alat kawalan berbeza.
Disebabkan model televisyen yang sudah berusia lebih tiga tahun, kapasiti penstriman permainan video yang ditawarkan mungkin terhad. Tidak pasti apa yang dimaksudkan sama ada prestasi atau senarai permainan video.

Gaming Hub akan diberikan melalui kemas kini sistem. Semak Tizen OS terbaru untuk mula menggunakan ciri ini. Buat masa ini Gaming Hub tidak ditawarkan di Malaysia dan tidak pasti akan ditawarkan ataupun tidak.
- Sumber
- Samsung
