Samsung Dilaporkan Akan Membuang 30% Tenaga Kerja

TechnologyDigital
11 Sep 2024 • 9:53 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung Electronics dilaporkan akan membuang 30% tenaga kerja menjelang penghujung tahun ini menurut laporan Reuters yang memetik beberapa sumber. Hanya pekerja luar negara akan dibuang dengan ia melibatkan pekerja di benua Amerika, Asia, Afrika dan Eropah.

image is not available

Seramai 15% pekerja dalam bahagian jualan serta pemasaran dan 30% pekerja dalam bahagian pengurusan akan dibuang. Pekerja di Korea Selatan dipercayai tidak akan dibuang kerana ia akan menimbulkan isu sensitif. Tahun ini ribuan ahli kesatuan pekerja Samsung menganjurkan mogok meminta kenaikan gaji dan jumlah cuti tahunan.

Samsung Electronics mengalami tahun yang mencabar dengan jualan tidak kembali ke tahap sebelum pandemik. Mereka kehilangan status sebagai pengeluar telefon pintar terbesar dunia kepada Apple tahun lalu dan dominasi dalam pasaran telefon boleh lipat pula dicabar oleh Huawei yang bangkit semula daripada abu. Antara langkah yang diambil oleh Samsung tahun ini ialah mewajibkan kakitangan berpangkat eksekutif untuk bekerja 6 hari seminggu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved