WeTransfer Akan Membuang 75% Kakitangan

TechnologyDigital
9 Sep 2024 • 10:33 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

WeTransfer diambil alih oleh Bending Spoons pada Julai tahun lalu. Hari ini menurut TechCrunch, sebanyak 75% daripada lebih 300 kakitangan WeTransfer akan dibuang kerja oleh Bending Spoons. Pengurangan tenaga kerja dilakukan bagi menjadikan pasukan WeTransfer lebih kecil dan fokus kepada produk yang dibangunkan.

image is not available

Ini adalah tindakan lazim dilakukan oleh Blending Spoons selepas mengambil alih sesebuah syarikat. Sebelum ini mereka membuang juga kakitangan Evernote dan Filmic selepas kedua-duanya diambil alih. Pada ketika ini WeTransfer mempunyai 80 juta pengguna bulanan dan baru-baru ini memperkenalkan ciri melanjutkan tempoh pautan fail yang dikongsi secara atas talian.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved