Samsung Dilaporkan Pertimbang Gantikan Google Dengan Bing Pada Peranti Mereka

TechnologyDigital
17 Apr 2023 • 12:24 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Samsung kini dilaporkan mempertimbangkan untuk menggantikan enjin carian utama pada peranti-peranti keluaran mereka dengan Bing berbanding Google pada hari ini.

Bing sejak sekian lama tidak digunakan secara meluas oleh kebanyakkan pengguna kerana hasil cariannya yang kurang tepat dan jitu berbanding Google. Namun, Microsoft berjaya mengubah persepsi berkenaan dengan mengintegrasi teknologi kecerdasan buatan, dan penawaran Bing Chat sejak awal tahun ini.

image is not available

Buat masa ini, ia tidak diketahui sama ada Samsung akan bergerak dengan langkah mereka menggunakan Bing sebagai enjin carian utama atau sebaliknya.

Sementara untuk Google pula, ia dikatakan kini mereka pada situasi “panik”, dan sedang dalam usaha membangunkan sebuah enjin carian serba baharu dengan integrasi kecerdasan buatan, dan menawarkan carian yang lebih peribadi kepada pengguna.


Pihak Samsung tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan laporan terbaru ini.