Samsung Display kini memfailkan saman ke atas pengeluar panel paparan dan skrin untuk peranti mudah-alih yang berpusat di China, iaitu BOE Technology. Samsung memfailkan saman ini menyatakan BOE melanggar lima paten milik Samsung, melibatkan paparan OLED.
Panel pasaran OLED diterajui oleh Samsung Display pada hari ini, dengan pihak BOE kini menduduki tangga kedua dalam industri sama. LG Display pula menduduki tangga dibawah mereka.

Samsung dalam pemfailan saman mereka di Amerika Syarikat, menyatakan langkah BOE melanggar lima paten milik Samsung membawa kepada kerugian kepada mereka. Panel paparan BOE ini turut digunakan pada peranti keluaran Apple, iaitu iPhone 12.
- Sumber
- Reuters
