Samsung Odyssey OLED G9 Akan Tiba Di Pasaran Tempatan Pada Penghujung Julai Pada Harga Permulaan RM9499

TechnologyDigital
4 Jul 2023 • 3:48 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sebelum ini kami ada melaporkan bahawa laman minat untuk paparan skrin gaming Samsung Odyssey OLED G9 telah dibuka, dan akan mula dijual di pasaran tempatan pada penghujung bulan Julai.

Terkini, kami boleh mengesahkan bahawa Sun Cycle, pengedar rasmi paparan skrin Samsung Odyssey di Malaysia akan membawa masuk dua buah model paparan skrin gaming ini pada penghujung bulan ini.

image is not available

Samsung Odyssey OLED G9 dilengkapi skrin 49-inci QHD dengan nisbah 32:9 dan lengkungan 1800R. Panel adalah dari keluarga quantum dot OLED dengan kadar segar semula mencecah 240Hz. Walaupun ia sebuah monitor gaming, ia turut merangkap monitor pintar dengan sistem operasi Tizen OS.

Ini bermakna bahawa aplikasi seperti Netflix, YouTube dan Prime Video boleh dimuat turun dan digunakan tanpa OLED G9 disambungkan kepada sebuah PC. Ia turut hadir dengan Samsung Gaming Hub yang membolehkan perkhidmatan penstriman video Xbox dan NVIDIA GeForce Now diakses secara terus.

image is not available

Dua model yang akan dibawa masuk ke pasaran tempatan ialah model yang hadir dengan sistem operasi Tizen terbina, dan satu lagi tidak akan dimuatkan dengan sistem operasi tersebut. Kami diberitahu oleh pihak Sun Cycle bahawa paparan skrin Samsung Odyssey OLED G9 akan hadir dengan tanda harga berikut:

  • Samsung Odyssey OLED G9 (dengan sistem operasi Tizen) – RM9999
  • Samsung Odyssey OLED G9 (tanpa sistem operasi Tizen) – RM9499