Samsung Display memperkenalkan jenama baharu untuk teknologi skrin boleh lipat mereka yang dikenali sebagai MONT FLEX. Nama ini diambil daripada perkataan Perancis yang bermaksud gunung sebagai simbol kepada inovasi dalam teknologi paparan boleh lipat.

Setiap huruf membawa maksud tersendiri yang menggambarkan kekuatan utama panel OLED boleh lipat keluaran mereka.
Huruf M mewakili ketahanan mekanikal yang tinggi menunjukkan keupayaan panel untuk menahan lipatan berulang kali tanpa menjejaskan prestasi.
Huruf O merujuk kepada permukaan rata dengan teknologi visual dan pelindungan fizikal yang memberi paparan lebih jelas dengan kesan lipatan yang minimum.
Huruf N melambangkan bezel yang kecil untuk memberikan pengalaman visual yang lebih luas. Huruf T pula menandakan rekaan yang nipis dan ringan bagi menjadikan peranti lebih selesa digunakan.

Samsung Display telah menghasilkan skrin OLED boleh lipat sejak 2019. Panel baharu mereka kini lebih nipis, ringan dan mampu bertahan sehingga 500,000 kali lipatan berbanding 200,000 kali sebelum ini. Teknologi UTG dan LEAD digunakan untuk meningkatkan kecerahan dan mengurangkan ketebalan.
Pengenalan jenama ini bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan Samsung sebagai peneraju industri, serta menyerlahkan nilai unik produk kepada pengguna serta rakan kongsi.

