Samsung Galaxy A04 Core Mungkin Dilengkapi Satu Kamera Di Belakang

TechnologyDigital
15 Jun 2022 • 6:10 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Sebuah peranti kelas permulaan Samsung kini dilaporkan dalam pembangunan. Dikenali sebagai Samsung Galaxy A04 Core, ia bakal menjadi model kemas-kini untuk Samsung Galaxy A03 Core yang diumumkan tahun lalu.

image is not available

Rekaan untuk peranti ini turut telah diperlihatkan dalam beberapa imej pengolokan tular. Peranti hadir dengan panel hadapan bertakuk kecil bersama saiz bezel yang tebal. Bahagian belakang menunjukkan penggunaan bahan berasaskan polikarbonat dengan kemasan matte. Turut melengkapi peranti adalah sokongan kamera utama tunggal bersama LED Flash.

Bergerak ke bahagian sisi, butang kuasa dan laras audio diletakkan pada bahagian kanan. Sementara itu, sisi kiri pula tidak menunjukkan sebarang kewujudan butang fizikal. Terdapat beberapa pilihan warna yang mungkin disediakan seperti black, green dan copper.

Buat masa ini, masih tidak jelas mengenai spesifikasi pada peranti. Namun begitu, ia dikhabarkan lengkap dengan cip Exynos 850. Dalam masa sama, tiada tarikh pelancaran yang diketahui setakat ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved