Samsung Galaxy A06 Dilancarkan Dengan Cip Helio G85 Dan Kamera 50MP

TechnologyDigital
19 Aug 2024 • 10:46 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Samsung Galaxy A06 telah membuat kemunculan rasminya bermula di Vietnam. Seterusnya dijangka boleh ditawarkan di beberapa pasaran lain dalam tempoh beberapa minggu mendatang bagi memenuhi keperluan pengguna yang sepatutnya.

image is not available

Peranti ini dilengkapi skrin LCD sebesar 6.7-inci dengan kadar segar semula 60Hz. Ia juga dijana dengan cip Mediatek Helio G85, memori sehingga 6GB RAM dan storan dalaman 128GB untuk tunjang utama. Selain itu menyokong Samsung Knox Vault yang melindungi data daripada pelbagai serangan siber untuk meningkatkan pengalaman jangka panjang.

image is not available

Turut disertakan ialah bateri 5,000mAh dengan pengecasan 25W dan kamera utama 50MP. Penekanan turut diberikan pada rekaan yang rata bersama kemasan berjalur di belakang. Di samping peranti memuatkan sistem imbasan cap jari sisi yang terbina pada butang kuasa.