Samsung Galaxy A06 Dilancarkan Di Vietnam, Dilengkapi Dengan Kamera 50 MP

TechnologyDigital
19 Aug 2024 • 11:45 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Syarikat pengeluar telefon terkenal Samsung telah melancarkan Galaxy A06 secara rasmi di Vietnam. Telefon ini dijangka akan dijual lebih banyak di pasaran dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

Mengikut laporan Amanz, peranti ini mempunyai kamera utama belakang 50 MP dan dilengkapi skrin LCD sebesar 6.7 inci.

Galaxy A06 juga dikuasakan oleh cipset Mediatek Helio G85 dan mempunyai memori sehingga 6GB RAM dan storan dalaman 128GB.

image is not available

Kapasiti bateri pula adalah 5,000 mAh dan ia menyokong pengecasan berwayar pantas 25W (Fast Charging).

Apa yang lebih menarik, untuk rekaan kali ini Samsung menekankan reka bentuk belakang rata dengan jalur menegak. Kombinasi ini berkesan untuk mencegah kesan cap jari dan juga memberikan penampilan yang lebih menarik.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Amanz | GSMArena


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved