Samsung Galaxy A07 LTE Disenaraikan Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM549

LocalTechnology
22 Sep 2025 • 3:54 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Semasa pelancaran Samsung Galaxy A17 baru-baru ini, Samsung hanya menyebut tentang kewujudan model Galaxy A07 tanpa menyatakan harganya.

image is not available

Kini, Galaxy A07 LTE didapati telah disenaraikan di laman web rasmi Samsung Malaysia dengan dua konfigurasi bermula RM549 (6/128GB) dan RM599 (8/256GB). Peranti ini hadir dalam tiga pilihan warna menarik iaitu Black, Green dan Light Violet serta sudah boleh dibeli oleh pengguna yang berminat.

image is not available

Samsung Galaxy A07 LTE hadir dengan skrin PLS LCD bersaiz 6.7- inci yang menyokong resolusi HD+. Peranti ini dijana oleh cip pemproses lapan teras bersama pilihan memori sehingga 8GB RAM serta storan dalaman 256GB. Bagi pengguna yang memerlukan ruang tambahan, ia turut menyokong kad MicroSD sehingga 2TB.

image is not available

Galaxy A07 juga dilengkapi sistem kamera utama 50MP dan 2MP manakala kamera hadapan pula sebesar 8MP. Bateri berkapasiti 5000mAh turut disertakan bersama peranti ini. Menariknya, Samsung turut menjamin sokongan kemas kini keselamatan selama enam tahun yang bermakna pengguna akan menerima perlindungan perisian sehingga tahun 2031.